Sunday, 11 December 2011

Makanan seimbang

MAKANAN SEIMBANG

Makanan seimbang merupakan makanan yang harus dimakan untuk memastikan tubuh badan seseorang berfungsi dengan normal. Makanan seimbang seharusnya memberikan kita tenaga. makanan yang mencukupi, karbohidrat, protein dan lemak secara optimum, kandungan fiber yang mencukupi dan kandungan bahan galian, vitamin dan asid lemak.Makanan yang memberi tenaga dapat membina badan, dan dapat menjauhi kita daripada mendapat penyakit. Amalan pemakanan sihat adalah satu faktor yang penting ke arah kesihatan sekeluarga dan seharusnya dipupuk dari rumah. Selain daripada menyelerakan dan mampu dibeli, makanan yang dikongsi bersama sekeluarga mestilah berkhasiat dan sihat. Makanan seimbang seharusnya memberi :

i. Tenaga makanan yang mencukupi
ii. Karbohidrat, protein dan lemak secara optimum.
iii. Kandungan fiber yang mencukupi
iv. Kandungan bahan galian, vitamin dan asid lemak.

Makanan ini terdiri dari tiga kumpulan iaitu makanan yang memberi tenaga, menjauhi dari penyakit dan membina sel-sel dan tisu tubuh.

A. Makanan yang memberi tenaga
Di Malaysia tenaga 50-60% penduduk didapati daripada nasi. Namun begitu makanan lain yang menghasilkan tenaga termasuk semua jenis bijirin seperti jagung, gandum, beras, bali, ubi keledek, keladi, ubi kayu, kentang dan lain-lain. Makanan lain yang menghasilkan tenaga �dalah makanan yang mengandungi gula seperti gula pasir, sirap, jem dan madu.

B. Makanan membina badan
Protein ah�la makanan membina badan. Protein membina sel-sel atau jeringan tisu dalam badan kita. Punca protein adalah daripada ikan, ketam, kepah, sotong, ayam, itik, dan lembu. Kekurangan sumber protein boleh membantutkan pertumbuhan seseorang termasuk pembentukan otot. Kekurangan protein juga mempengaruhi pembentukan darah dan ini menyebabkan badan menjadi lesu.

C. Makanan menjauhi penyakit
Makanan jenis ini merupakan makanan yang membekalkan tubuh dengan bahan-bahan yang mengekalkan semua perjalanan organ di dalamnya. Ia mencegah tubuh daripada menghidap penyakit. Makanan jenis ini meliputi sayur-sayuran dan buah-buahan.

.

Toksin

TOKSIN YANG MENYERAP KE DALAM DARAH MERUPAKAN FAKTOR UTAMA KEPADA PELBAGAI PENYAKIT ATAU SAKIT PADA TUBUH BADAN MANUSIA…”

APAKAH TOKSIN?

■Toksin dalam tubuh badan manusia terjadi kerana pencemaran.
■Antaranya pencemaran makanan akibat penggunaan bahan kimia secara berleluasa seperti racun perosak, racun serangga dan baja kimia untuk aktiviti pertanian.
■Ini merupakan punca utama terjadi toksin dalam badan.
■Inilah sebabnya terjadi pelbagai penyakit seperti Tumor, Kanser, Migrain dan sebagainya.
■Fakta daripada pelbagai jenis penyakit mendapati bahawa 90% punca penyakit adalah disebabkan oleh toksin.
■Dalam sistem fisiologi tubuh, apabila seseorang itu sakit, badan seseorang sedang berusaha menyingkirkan sisa-sisa buangan, mukus dan toksin yang menghalang fungsi tubuh.
■Toksin yang berada di dalam saluran darah akan di bawa ke pelbagai bahagian organ dan merosakkannya.
■Kesan daripada toksin dalam tubuh badan:-
■Penyakit kulit
■Demam
■Tumor
■Penyakit jantung
■Tekanan darah tinggi
■Alergi
■Asma
■Pundi Hempedu
■Batu karang
■Pengerasan saluran darah
■Sakit sendi
■Sengal-sengal tulang
■Sembelit
■Perut kembung
■Barah payudara
■Kemerosotan daya seksual (ke arah mati pucuk)
■Oleh itu langkah awal perlu di ambil untuk mencegah penyakit-penyakit seperti di atas dengan menyingkirkan toksin dari tubuh badan untuk mengawal sebarang penyakit.


TAHUKAN ANDA?

■1 daripada 4 rakyat Malaysia akan menghidap kanser dan penyakit kronik.
■3 Juta rakyat Malaysia mengalami masalah obesiti.
■800 ribu rakyat Malaysia menghidap Kencing Manis.
■Sakit Jantung merupakan pembunuh nombor 1 dunia -WHO.
■Kanser Payudara merupakan pembunuh nombor 1 wanita – WHO.
■Kebanyakkan rakyat Malaysia meninggal dunia disebabkan stress.
■Ramai lelaki Malaysia mengalami masalah mati pucuk.


KEPENTINGAN AIR DALAM TUBUH BADAN ANDA

■Air merupakan unsur yang sangat penting bagi kehidupan.
■ Kandungan air dalam OTAK 74%, OTOT 75%, DARAH 82%, TULANG 22%, GIGI 5%, HATI 69% dan BUAH PINGGANG 82%.
■Manusia boleh hidup berminggu-minggu tanpa makanan, tetapi tanpa AIR, akan menyebabkan dehidrasi dan akan mati dalam masa beberapa hari sahaja.


FUNGSI AIR

■Menggerakan fungsi tubuh – air memainkan peranan penting bagi merangsang proses biologikal dan kimia yang berada di dalam tubuh badan. Tanpa air, darah tidak mengalir, oksigen dan zat makanan tidak akan dipindahkan, sisa tidak akan dihapuskan dan organ badan tidak berfungsi.
■Menjalankan proses detoksifikasi - Setiap hari tubuh kita terdedah kepada unsur toksin. Buah-buahan, sayur-sayuran mempunyai kandungan racun, kandungan timah di dalam ikan, antibiotik & hormon di dalam produk daging dan bahan pengawet & pewarna tiruan di dalam makanan dan minuman yang diproses. Kebanyakkan penyakit berpunca daripada pengaruh toksin yang terdapat di dalam air, udara dan makanan.
■Mengahalang dehidrasi dan penyakit – Hampir semua penyakit adalah disebabkan oleh kekurangan air. Masalah jerawat, penghadaman, obesiti, sendi dan masalah yang lebih serius seperti masalah jantung, tekanan darah tinggi dan juga kanser. Tanda awal kekurangan air ialah bibir kering, keletihan, pening kepala, insomnia dan banyak lagi.

Fungsi darah

RINGKASAN FUNGSI DARAH

■Bertindak sebagai sistem pengangkutan dari tubuh badan dan menghantar semua bahan kimia, oksigen dan nutrien yang berkhasiat yang diperlukan tubuh supaya fungsi normalnya dapat dipenuhi dan menyingkirkan karbon dioksida serta hasil buangan yang lain.
■Sel darah merah menghantar oksigen ke tisu dan menyingkirkan sebahagian karbon dioksida.
■Sel darah putih menyediakan banyak bahan perlindungan dan kerana tindakan fogosototik oleh beberapa sel, dapat melindungi tumbuh dari sebarang bakteria.
■Rembesan dalaman, hormon dan enzim dihantar dari organ ke organ dengan peraantaraan darah.
■Plasma berfungsi mengagihkan protein untuk pembentukan tisu menyegarkan cecair tisu kerana melalui cecair ini semua sel tubuh menerima makanannya dan merupakan kenderaan untuk mengangkut bahan buangan ke pelbagai organ rembesan untuk dibuang.

Air

KEPENTINGAN AIR KEPADA MANUSIA


HARI INI AIR YANG KITA MINUM TIDAK LAGI BERKUALITI, BERZAT & SELAMAT. INI DISEBABKAN OLEH PENCEMARAN KIMIA, PEWARNA & PENGAWET.

■Apabila umur anda meningkat, kadar kolesterol anda juga meningkat.
■Makanan segera, air minuman berasid, tidak bersenam dan selalu stress menyebabkan tahap kesihatan anda menurun.
■Rajah di bawah menunjukkan keadaan pembuluh darah yang hampir tersumbat.
■Tindakan mesti di ambil segera supaya saluran yang tersumbat dapat dibersihkan.
■Jika anda lambat, organ-organ anda akan kurang mendapat bekalan oksigen dan zat-zat makanan.
■Akhirnya organ-organ penting dalam badan anda akan sakit dan seterusnya kurang berfungsi dan anda akan diserang dengan pelbagai penyakit kronik.
■Penyakit yang disebabkan pembuluh darah tersumbat ialah Jantung, Ginjal, Kaki, Mata, Darah Tinggi dan sebagainya.

Kepentingan Sungai

Sungai dan laut adalah penting dalam pembentukan sesuatu Tamadun. Berdasarkan contoh-contoh yang sesuai, bincangkan pernyataan tersebut.

Pengenalan :

◦Sungai dan laut berkait rapat dgn kehidupan manusia. Pada zaman Neolitik, manusia mula hidup menetap di lembah-lembah sungai bagi memudahkan kegiatan harian mereka.
◦Sungai dan laut merupakan sumber air dan sumber pencarian makanan kepada manusia. Sungai dan laut juga memudahkan perjalanan manusia dari satu tempat ke tempat yang lain.
◦Peranan sungai dan laut telah membawa kepada kemunculan tamadun-tamadun awal.
Isi-isi penting :

◦Sungai dan laut sebagai sumber bekalan air, makanan dan memudahkan perjalanan. Manusia mula mencipta rakit, perahu dan kapal layar untuk dijadikan alat pengangkutan dan membolehkan mereka bergerak dengan mudah.
◦Lembah-lembah sungai mula dijadikan petempatan kekal manusia. Mereka tidak lagi hidup secara nomad dan ini mendorong kemunculan tamadun. Contoh: masyarakat Yunani menggunakan kelebihan laut sebagai pengangkutan dan perhubungan mereka. Tamadun Mesir semakin maju dari segi pertanian disbbkan kesuburan tanah di Lembah Sg. Nil.
◦Sungai dan laut berperanan sebagai sumber perhubungan dan pengangkutan yang penting. Tamadun Yunani telah menjadikan laut Mediterranean sebagai medium perhubungan. Keadaan yang sama berlaku pada tamadun Mesopotamia dimana sungai digunakan sebagai jalan perhubungan.
◦Sungai dan laut sebagai jalan perhubungan talah menggalakkan perkembangan aktiviti perdagangan. Perkembangan pusat perbandaran tlh menyebabkan permintaan untuk bahan makanan. Demi memenuhi permintaan ini, pengimportan perlu dijlnkan. Contoh: Athens mengimport 75% gandum yg digunakan. Selain itu tam Mesopotamia menjalankan perdagangan dengan Mesir dan India.
◦Lembah sungai yang luas membolehkan aktiviti pertanian dijlnkan.Tanah lanar yang dihasilkan dr kelodak-kelodaksungai sesuai untuk penanaman bijirin dan jagung. Sistem saliran yang baik sentiasa mengekalkan kesuburan tanah pertanian dan mengelakkannya drpd kekeringan. Contoh : Tamadun Mesopotamia dan Mesir yg mengusahakan tanaman bijirin.
◦Populasi manusia semakin bertambah secara langsung di lembah sungai. Bekalan tenaga buruh dapat dipenuhi untuk projek-projek pembinaan bangunan, memperluaskan benteng dan terusan. Keadaan Mesopotamia telah memperlihatkan kepentingan sungai khususnya di kawasan hulu yang berkeupayaan mendorong masyarakatnya memajukan sistem pengairan.
◦Kemunculan negara kota atau bandar yg menjadi pusat aktiviti ekonomi, agama, politik dan artistik. Kebolehan manusia mengendalikan sistem pelayaran membantu mereka menjelajah dan meneroka. Ini mengukuhkan kedudukan sesebuah tamadun.
◦Upacara keagamaan/Ritual keagamaan.
◦Membekalkan bahan binaan.
Kesimpulan :

◦Jelas di sini sungai dan laut merupakan elemen yg sgt penting dlm pembentukan tamadun. Peranan sungai dan laut telah banyak menyumbang kepada corak kehidupan manusia sehingga membawa kepada kemunculan tamadun yang unggul.

Haiwan pelihara

HAIWAN PELIHARAAN

Taman yang indah akan menjadi sunyi sepi sekiranya taman ini hanya ada tumbuhan dan deruan air dan angin sahaja, taman indah tidak akan lengkap sekiranya tiada suara riuh rendah dari kicauan burung, unggas, serta haiwan peliharaan.

Untuk mewujudkan suasana riuh rendah di taman, yang paling mudah ialah memelihara haiwan. Selalunya haiwan yang dipelihara adalah jenis yang jinak dan mudah memeliharanya. Pelbagai jenis haiwan boleh di pelihara di taman.

JENIS-JENIS HAIWAN PELIHARAAN

1. Kucing

2. Ikan

3. Burung

4. Anjing

5. Arnab

6. Monyet

7. Ayam

8. Itik

9. Kura-kura

Kepentingan tumbuh-tumbuhan semula jadi

Kepentingan tumbuh-tumbuhan semula jadi

Keseimbangan ekosistem
• Ekosistem ialah satu proses interaksi antara benda-benda hidup dengan benda-benda hidup dengan benda-benda bukan hidup yang wujud dalam alam sekitar
• Kesimbangan ekosistem hutan penting kerana memelihara, melindungi dan mengekalkan sumber tumbuh-tumbuhan dan hidupan
• Ekosistem dapat menghasilkan sumber kayu kayan, ubat-ubatan, rotan, buluh dan kulit kayu terutamanya dari kawasan hutan
• Membantu dalam peningkatan kualiti udara di samping mengekalkan keseimbangan kitaran gas oksigen, karbon dioksida dan nitrogen
• tumbuh-tumbuhan hijau membekalkan sumber tenaga kepada manusia dan haiwan yang memakannya
Pelbagai jenis flora dan fauna
• Pokok-pokok orkid, paku pakis, pokok periuk kera merupakan tumbuh-tumbuhan istimewa yang terdapat dalam hutan Malaysia
• Hidupan liar seperti orang utan, tapir dan gibbon ialah antara haiwan yang unik dalam hutan negara kita
• Flora dan fauna menjadi tarikan pelancong, bahan penyelidikan dan bahan warisan generasi



Gibbon
Pembekal hasil-hasil hutan
• Pokok dalam hutan Malaysia menghasilkan pelbagai jenis kayu balak yang bermutu tinggi dan bernilai dari segi perdagangan
• hutan juga membekalkan hasil hutan yang lain seperti rotan, mengkuang, buluh dan nipah yang sangat penting dalam membangunkan industri perabot dan kraf tangan
• kayu balak- membuat perabot, mengilang papan lapis, membuat jambatan dan membina rumah
• buluh dan rotan - membuat kraf tangan, membuat perabot
• kayu ru- membuat perahu, sebagai bahan api
• daun mengkuang- membuat tikar dan bakul
• daun nipah- membuat atap
• batang nibung-membuat tiang rumah dan cerucuk kelong


Habitat hidupan liar
• Hutan membekalkan makanan kepada hidupan liar
• Haiwan menjadikan hutan sebagai tempat tinggal serta perlindungan
Kawasan tadahan air
• Tumbuh-tumbuhan semula jadi di kawasan tanah tinggi negara kita berperanan sebagai kawasan tadahan
• Kawasan tadahan dapat didefinisikan sebagai kawasan bukit bukau yang meliputi tumbuh-tumbuhan yang tebal dan menjadi punca aliransungai
• Hutan bertindak sebagai penipis dalam menentukan kebersihan dan kejernihan air
Pencegahan hakisan tanih
• Hutan bukan sahaja memberi hasil kepada kitamalah bertindak sebagai penutup bumi semula jadi serta melindungi tanih daripada hakisan air
• Daun dan ranting pokok di hutan hujan tropika yang tebal membantu mengurangkan halaju titisan air hujan dan memecahkan saiz titisan air hujan kepada yang lebih kecil
• Akar tumbuhan menyekat air larian permukaan menyebakan aliran menjadi perlahan serta berfungsi sebagai pengikat dengan cara mencengkam tanih
Pembiakan hidupan laut
• Hutan paya air masin dan hutan paya air tawar di negara kita menjadi tempat pembiakan jenis kehidupan air
• Pelbagai jenis ikan dan udang bertelur di celah-celah akar pokok di dalam air
• Inin kerana akar jangkang pokok bakau melindungi telur ikan dan udang daripada ombak kuat dan pemangsa
Pengembang Eko-pelancongan
• Beberapa buah taman negara dan hutan simpanan telah mewujudkan di Malaysia untuk memberi perlindungan kepada pelbagai spesies flora dan hutan simpan telah diwujudkan di Malaysia untuk memberi perlindungan kepada pelbagai spesies flora dan fauna yang semakin pupus
• Taman Negara yang terletak di Pahang dengan keluasan 4343km persegi merupakan hutan hujan tropika yang tertua di dunia
• Terdapat lebih daripada 10000spesies tumbuh-tumbuhan dan 250 spesies burung dalam Taman Negara
Penghasil ubat-ubatan tradisional
• Kebanyakan tumbuh-tumbuhan mengandungi nilai-nilai perubatan, terutamanya dari bahagian batang, akar, daun dan ubi
• Petai, akar dan batang pokok periuk kera digunakan dalam perubatan tradisional
• Bunga raya berguna untuk meredakan batuk dan kehilangan kahak
• Akar dan batang pokok direbus dan diminum untuk mengubati demam


periuk kera